Sumpah Cool | X 47B : Pesawat Tanpa Juruterbang Tentera Laut Amerika Syarikat (18 GAMBAR) - Blog Genji

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Friday, December 21, 2012

Sumpah Cool | X 47B : Pesawat Tanpa Juruterbang Tentera Laut Amerika Syarikat (18 GAMBAR)

Penggunaan pesawat tanpa juruterbang di medan perang semakin bertambah sejak "perang keatas keganasan" dilancarkan Amerika Syarikat 11 tahun yang lalu. Kita semua sudah membaca berita pembunuhan "ahli Al Qaeda" dan orang awam di Afghanistan serta Pakistan akibat serangan bom dari UAV milik US. Sebelum ini UAV hanya digunakan oleh pihak Tentera Udara US. UAV MQ-9 Reaper ialah UAV yang melakukan kerja pengeboman menggunakan kawalan jauh.

Tentera Udara US lambat memasuki arena UAV dan tahun lalu mereka akhirnya berjaya melakukan beberapa ujian terhadap prototaip UAV pertama mereka iaitu X-47B. Sebuah X-47B kini sedang menjalani ujian di atas geladak USS Harry S Truman. Menurut laporan betapa laman ketenteraan ujian kali ini ialah untuk menguji sistem kawalan jauh krew geladak bagi mengawal X-47B sebelum dan selepas penerbangan. Ia juga bagi mencari kelemahan sistem operasi sebuah pesawat tanpa juruterbang di atas geladak yang sempit.

X-47B dibina oleh syarikat Northrop-Grumman, syarikat yang sama yang menhasilkan pesawat pengebom stealth B-2. Jadi tidak mengejutakan X-47B mempunyai beberapa ciri rekaan yang serupa. Berbanding MQ-9 Reaper, X-47B direka khas untuk operasi atas geladak kapal pengangkut. Sayap X-47B boleh dilipat dan ianya mampu melakukan pengisian minyak di udara. Ia juga mampu membawa sistem persenjataan dengan berat maksimum 2000 Kg di dalam badannya. Kesemua senjata diletakkan di dalam badan bagi menyukarkannya dikesan oleh radar.

Setakat ini Amerika Syarikat sudah menghabiskan USD 813 Juta (RM 2.5 Billion)  untuk projek yang dimulakan pada tahun 2007 ini. Buat masa ini ujian akan diteruskan dan masih tiada masa ditetapkan untuk X-47B untuk memasuki operasi aktif USN.





Laporan asal Wikipedia
Foto oleh Attack Aircraft dan DefenceNews

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here