Kelab malam dibina pada sebahagian bunker tetapi pada bahagian lain sebuah muzium juga dibina bagi mengingatkan generasi masa hadapan bagaimanakah rupa kehidupan seharian penghuni bunker ini suatu ketika dahulu. Bahagian lain pula ditutup dari orang awam kerana tidak mahu mereka tersesat. Konsep bunker diubah menjadi kelan malam bukanlah perkara baru. Sebelum ini ada kami paparkan bunker yang juga diubah menjadi kelan malam di China.
Di Malaysia ada beberapa bunker bawah tanah zaman Perang Dunia Kedua yang masih wujud. Salah satunya terletak di Muzium Perang Pulau Pinang. Bunker-buker lama ini sangat menyeramkan kerana sejarah masa lampaunya yang hitam. Terdapat juga ura-ura yang mengatakan terdapat bunker bawah tanah yang menyambungkan Putrajaya ke KLIA. Terowong yang menyambungkan kedua-dua lokasi ini dibina untuk kegunaan kerajaan jika berlaku peperangan. Kami tak pasti sama ini benar ataupun hanya lagenda urban.



Laporan asal Walkabout via EnglishRussia

No comments:
Post a Comment